Soalan Lazim (FAQ)
1) Apakah dokumen yang perlu saya sediakan sekiranya saya berminat untuk menggunakan khidmat Syumanor Engineering?
- Salinanan geran tanah lengkap
- Salinan kad pengenalan
- Alamat surat menyurat
2) Perlukah saya mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah?
Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah kerana proses akan menjadi lebih mudah. Sekiranya tiada tanah sendiri, pihak syarikat boleh membantu mencari tanah yang dijual oleh individu atau syarikat lain.
3) Lot tanah saya terdiri daripada pasir pantai dan tanah gambut. Bolehkah saya membina rumah di atas tanah tersebut?
Bagi tanah yang terdiri daripada pasir pantai atau tanah gambut, kajian lanjut kesesuaian pembinaan rumah atau teknik pembinaan yang sesuai perlu dilakukan dengan membuat Kajian Tanah (Soil Investigation) yang akan diuruskan oleh pakar geologi. Kos untuk kajian ini perlu ditanggung oleh pelanggan.
Sekiranya kajian mendapati perlunya penggunaan kaedah lain dalam pembinaan rumah, contohnya penggunaan tiang cerucuk (piling), kos tambahan akibat penggunaan kaedah ini perlu ditanggung oleh pelanggan.
4) Jika saya ingin membina rumah, perlukah saya menukar status tanah pertanian kepada bangunan?
PEMBIAYAAN TUNAI
Tidak Perlu,
PINJAMAN BANK
Perlu. Bank hanya menerima geran berstatus Bangunan untuk kelulusan pinjaman.
PINJAMAN KERAJAAN
Tidak perlu kecuali kelulusan pelan oleh Pihak Perbandaran Tempatan (PBT) mewajibkan penukaran status tanah untuk kelulusan pelan rumah. Walaubagaimanapun, jika tanah dibeli dari pihak ketiga, adalah lebih baik membeli tanah berstatus bangunan kerana nilai pinjaman bergantung kepada nilai penilaian. Penilaian harga tanah bangunan lebih tinggi daripada tanah pertanian
1) Berapakah anggaran kos guaman?
Anggaran kos guaman adalah 3% daripada harga kontrak bina rumah berdasarkan sebut harga yang di keluarkan oleh pihak kami, namun kos sebenar adalah mengikut bil yang di keluarkan oleh pihak firma guaman.
2) Bolehkah kos guaman di masukkan kedalam loan?
Boleh, kos guaman bagi pembinaan rumah samaada loan LPPSA atau loan bank boleh di masukkan kedalam loan. Walaubagaimanapun, kelulusan akhir pinjaman termasuk yuran guaman adalah di atas kelulusan pihak pembiaya.
3) Apakah perbezaan kos guaman untuk sektor swasta & sektor kerjaan?
Yuran guaman adalah sama antara sektor swasta dan kerajaan tetapi yang berbeza di sini ialah dari segi duti setem. Duti setem bagi pinjaman bank lebih tinggi dari pinjaman kerajaan.
4) Bolehkah saya memakai peguam saya sendiri untuk urusan pembinaan rumah?
Boleh, namun kami perlu menilai terlebih dahulu peguam yang dilantik oleh pihak pelanggan bagi memastikan kelancaran proses pembinaan rumah. Maklumat lengkap berkenaan dengan peguam yang dilantik hendaklah diberikan kepada pihak kami. Ia adalah bagi memudahkan pihak MIS berhubung secara langsung dengan peguam tersebut dalam memastikan urusan yang terlibat berjalan dengan lancar.
5) Bolehkah saya memakai peguam saya sendiri untuk urusan pembinaan rumah?
Boleh. Walaubagaimanapun, penggunaan servis pihak guaman yang disarankan oleh pihak kami lebih digalakkan atas faktor kami telah menilai mutu servis perkhidmatan mereka.
6) Berapakah tempoh kelulusan bagi pinjaman perumahan?
Kebiasaannya dalam tempoh dua bulan bergantung kepada urusan dokumentasi antara klien dan peguam.
7) Bolehkah buat pinjaman bersama bagi suami isteri?
Boleh tetapi pinjaman bersama LPPSA dan sektor swasta terhad kepada beberapa bank tertentu sahaja.
8) Apakah potongan luar slip gaji di ambil kira?
Bagi pinjaman perumahan kerajaan (LPPSA), potongan di luar slip tidak diambil kira. Namun, untuk pinjaman bank, semua jenis potongan di dalam atau di luar slip gaji akan diambil kira dalam kelulusan pinjaman.
9) Bank apakah yang digunakan oleh untuk pinjaman perumahan?
Pemilihan bank bagi membiayai pinjaman perumahan terletak di tangan pembeli. Buat masa ini, kami boleh menguruskan semua pinjaman bank. Dari semasa ke semasa, pihak kami akan membantu pelanggan-pelanggan kami memilih pembiaya berdasarkan faktor-faktor yang sesuai seperti kadar faedah, tempoh pinjaman dan nilai tambah lain yang ditawarkan oleh pihak bank.
10) Sekiranya saya pekerja sektor swasta, bagaimanakah saya boleh mendapatkan pinjaman bank 100% untuk membina rumah?
Kebiasaannya pihak bank hanya meluluskan pinjaman sehingga 90% harga rumah bergantung kepada status kewangan pelanggan. Selebihnya peminjam perlu menambah menggunakan duit simpanan atau melalui pengeluaran caruman KWSP.
11) Bilakah saya perlu mula membuat bayaran pinjaman perumahan?
PINJAMAN KERAJAAN
Bayaran bulanan hanya perlu dibayar setelah pemilik menandatangani borang penerima rumah siap.
PINJAMAN BANK
Bayaran bulanan bermula sebaik sahaja bank mengeluarkan bayaran tuntutan pertama kepada kontraktor. Bayaran bulanan awal yang dikenakan sebelum rumah siap adalah nilai kadar faedah mengikut tuntutan yang telah dibayar kepada pihak kontraktor. Bayaran penuh kepada pihak bank bermula setelah rumah disiap dan diserahkan